"KEMAS, BERSIH DAN CERIA PENCETUS TRANSFORMASI KERJA BERKUALITI"

Pages

Induk EKSA JKSNPP

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG

Zon Lebuh Armenian

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Zon Lebuh Campbell

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Zon Lebuh Downing

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH BARAT DAYA

Zon Lebuh King

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

Zon Lebuh Light

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PULAU PINANG

Zon Lebuh Queen

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TIMUR LAUT

Zon Lebuh Victoria

UNIT PENTADBIRAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PULAU PINANG

GOTONG ROYONG PERDANA EKSA

17 Ogos 2018 - Jawatankuasa Induk EKSA Jabatan Kehakiman Syariah telah menganjurkan program Gotong Royong Perdana yang melibatkan semua zon termasuklah Lebuh Armenian. Antara aktiviti yang dijalankan di Lebuh Armenian ialah mengemaskini bilik fail, membersihkan pantri dan mengemas ruang kerja masing-masing agar kelihatan lebih cantik dan ceria. Semua ahli yang hadir pada hari ini memberi kerjasama yang sewajarnya dalam menjayakan gotong royong pada hari ini. Terima kasih!

PERTANDINGAN KAUNTER DAN BILIK FAIL TERBAIK

01.08.2018 - Jawatankuasa Promosi Induk EKSA telah mengadakan Pertandingan Kaunter dan Bilik Fail Terbaik yang berlangsung pada hari ini disemua zon. Juri bagi pertandingan ini ialah Y.A.A. Dato' Haji Mohd Shakir Bin Abdul Hamid, Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang dan dua orang juri jemputan iaitu Cik Asmarina dan En. Sufian daripada Penjara Pulau Pinang. Antara kriteria yang diambil kira semasa pertandingan kaunter ialah keceriaan dan kekemasan kaunter, mempamerkan maklumat korporat bekantan kaunter dan perkhidmatan kaunter yang mesra pelanggan. Untuk bilik fail pula, antara aspek yang diambil kira ialah kebersihan dan kekemasan bilik fail, pelabelan pada setiap kotak fail kes dan sistem kawalan dan pergerakan fail. Sepanjang sesi penjurian semua warga Lebuh Armenian telah memberi kerjasama yang sewajarnya. Terima kasih diucapkan!










MAJLIS JASAMU DIKENANG - EN. MOHD HELMI BIN ISMAIL

30.7.2018 (Isnin) - Pada hari ini telah diadakan Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan En. Mohd Helmi Bin Ismail, Pembantu Syariah yang akan bertukar ke Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut bermula 01 Ogos 2018 kerana dinaikkan pangkat. Beliau digantikan oleh Puan Nor Azlina Binti Shafie daripada Mahkamah Rendah Syariah Daerah Seberang Perai Tengah. Seluruh warga kerja Lebuh Armenian mengucapakan tahniah atas kenaikan pangkat dan jutaan terima kasih atas khidmat beliau selama bertugas di sini iaitu hampir dua tahun. Semoga En. Helmi lebih cemerlang di masa-masa akan datang. Tahniah!







GOTONG ROYONG EKSA

27 Julai 2018 - Pada hari ini telah diadakan gotong royong EKSA di Lebuh Armenian. Gotong royong ini diadakan sebagai persiapan bagi menghadapi pertandingan Kaunter dan Bilik Fail terbaik yang dijadualkan pada 01 Ogos 2018. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah mengemaskini bilik fail dan menghias kaunter agar kelihatan lebih cantik dan ceria. Terima kasih kepada semua warga Lebuh Armenian dan pelajar-pelajar yang menjalani latiha amali di sini atas kerjamasa dan komiten yang diberikan. Syabas! 
























LAWATAN PENANDARASAN EKSA DARIPADA PEJABAT DAERAH DAN TANAH DAERAH TIMUR LAUT

19.7.2018 (Khamis) - Pada hari ini Lebuh Armenian sekali lagi menerima kunjungan lawatan penandarasan EKSA dan kali ini daripada Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Timur Laut (PDTDTL), Pulau Pinang. Lawatab ini diketuai oleh Puan Rafidah Binti Zainal Hassan, Penolong Pegawai Daerah PTDDTL bersama 40 orang pegawai dan kakitangan. Antara aturcara program ialah taklimat ringkas berkaitan pelaksanaan EKSA JKSNPP khususnya di Lebuh Armenian, sesi lawatan ke lokasi-lokasi pilihan seperti di kaunter, bilik fail, ruang pejabat dan bilik aset. Lawatan ini diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan. Semoga lawatan ini memberi sedikit sebanyak input kepada PTDDTL dalam usaha untuk memperolehi pensijilan daripada pihak MAMPU.













PERTANDINGAN BLOG PALING KREATIF

23.5.2018 - Pada hari ini Jawatankuasa Promosi Induk EKSA telah menganjurkan Pertandingan Blog Paling Kreatif bertempat di Bilik Mesyuarat Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Juri bagi pertandingan ini ialah Puan Salbiah Binti Mat dan Puan Siti Mustafa daripada Bahagian Teknologi Maklumat Kerajaan Negeri. Pemarkahan bagi pertandingan ini adalah berdasarkan 4 kriteria iaitu Kandungan Blog, Persembahan, Kreativiti dan Korporat serta Komitmen. Puan Dalila Hanisah Binti Abu Bakar  dan Puan Nor Azlina Binti Abdul Aziz selaku Pentadbir Blog dan Ketua Zon Labuh Armenian hadir bagi memberi penerangan berkaitan  blog kepada Juri.






Share

Twitter Facebook