"KEMAS, BERSIH DAN CERIA PENCETUS TRANSFORMASI KERJA BERKUALITI"

Pages

Induk EKSA JKSNPP

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG

Zon Lebuh Armenian

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Zon Lebuh Campbell

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Zon Lebuh Downing

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH BARAT DAYA

Zon Lebuh King

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

Zon Lebuh Light

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PULAU PINANG

Zon Lebuh Queen

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TIMUR LAUT

Zon Lebuh Victoria

UNIT PENTADBIRAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PULAU PINANG

PERTANDINGAN SUDUT INFORMASI & SUDUT PENGIKTIRAFAN PALING KREATIF & LACI ALAT TULIS TERBAIK

20 September 2018 - Pada hari ini telah diadakan Pertandingan Sudut Informasi & Sudut Pengiktirafan Paling Kreatif dan Laci Alat Tulis Terbaik. Juri bagi pertandingan ini ialah Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang, Y.A.A. Dato' Hj. Mohamad Syakir Bin Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Tinggi, Y.A. Tuan Mohd Yunus Bin Mohamad Zin dan seorang juri jemputan. Lebuh Armenian adalah lokasi pertama yang dikunjungi oleh juri. Sesi penjurian berjalan lancar dan memuaskan dengan kerjasama yang diberikan oleh semua warga Lebuh Armenian. Terima kasih diucapkan.






GOTONG ROYONG EKSA

15 & 18 September 2018 - Lebuh Armenian telah mengadakan gotong royong pada 15 & 18 September 2018. Gotong royong ini diadakan sebagai persediaan menghadapi pertandingan Sudut Pengiktirafan, Sudut Informasi dan Laci Alat Tulis Terbaik. Ahli yang tidak dapat hadir pada 15 September 2018 (Sabtu), dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan tugasan yang diberi pada hari Selasa (18 September 2018).  Semua warga Lebuh Armenian didapati dapat memberi komitmen dan  kerjasama yang sewajarnya walaupaun tempoh persediaan yang diberikan untuk tiga pertandingan ini agak singkat. Terima kasih dan tahniah diucapkan. Semoga kejayaan menjadi milik kita.









ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) JKSNPP 2018

07 September 2018 - Sepertimana dalam perhimpunan bulanan yang diadakan sebelum ini, pada kali ini juga telah diumumkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan 2018 oleh Jawatankuasa APC Jabatan. Walau bagaimanapun, untuk kali ini, Lebuh Armenian buat kali kedua sangat berbangga kerana Puan Siti Rohayu Binti Desa telah diumumkan sebagai penerima APC bagi sesi ini. Semoga Puan Siti Rohayu lebih maju jaya di masa akan datang dan menjadi contoh kepada warga kerja Lebuh Armenian yang lain. Tahniah diucapkan!

KEPUTUSAN PERTANDINGAN BLOG PALING KREATIF, KAUNTER DAN BILIK FAIL TERBAIK

7 September 2018 - Semasa perhimpunan bulanan pada hari ini, telah diumumkan hasil pertandingan Blog Paling Kreatif, Kaunter dan Bilik Fail Terbaik. Lebuh Armenian telah mendapat tempat ketiga bagi pertandingan Kaunter Terbaik. Manakala untuk pertandingan Blog Paling Kreatif dan Bilik Fail hanya mampu meraih tempat keempat dan kelima. Tahniah diucapkan. Semoga semua warga Lebuh Armenian akan lebih berusaha dalam pertandingan-pertandingan yang akan dianjurkan di masa akan datang.

KUIZ EKSA JAWATANKUASA INDUK LATIHAN

7 September 2018 - Pada hari ini telah diadakan Perhimpunan Bulanan Jabatan dan salah satu slot ialah pertandingan kuiz EKSA. Pemilihan wakil bagi setiap zon, adalah dibuat secara undian. Lbuh Armenian diwakili oleh Puan Dalila Hanisah Binti Abu Bakar. Terdapat tiga pusingan kuiz dan setiap peserta perlu menjawab dalam tempoh 30 saat. Di akhir pertandingan wakil Lebuh Armenian telah mendapat tempat ketiga. Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Induk Latihan atas penganjuran kuiz ini dan ia wajar diteruskan  dan diadakan dari semasa ke semasa.


Share

Twitter Facebook