"KEMAS, BERSIH DAN CERIA PENCETUS TRANSFORMASI KERJA BERKUALITI"

Pages

PERTANDINGAN KAUNTER DAN BILIK FAIL TERBAIK

01.08.2018 - Jawatankuasa Promosi Induk EKSA telah mengadakan Pertandingan Kaunter dan Bilik Fail Terbaik yang berlangsung pada hari ini disemua zon. Juri bagi pertandingan ini ialah Y.A.A. Dato' Haji Mohd Shakir Bin Abdul Hamid, Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang dan dua orang juri jemputan iaitu Cik Asmarina dan En. Sufian daripada Penjara Pulau Pinang. Antara kriteria yang diambil kira semasa pertandingan kaunter ialah keceriaan dan kekemasan kaunter, mempamerkan maklumat korporat bekantan kaunter dan perkhidmatan kaunter yang mesra pelanggan. Untuk bilik fail pula, antara aspek yang diambil kira ialah kebersihan dan kekemasan bilik fail, pelabelan pada setiap kotak fail kes dan sistem kawalan dan pergerakan fail. Sepanjang sesi penjurian semua warga Lebuh Armenian telah memberi kerjasama yang sewajarnya. Terima kasih diucapkan!











Share

Twitter Facebook