"KEMAS, BERSIH DAN CERIA PENCETUS TRANSFORMASI KERJA BERKUALITI"

Pages

Induk EKSA JKSNPP

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG

Zon Lebuh Armenian

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Zon Lebuh Campbell

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Zon Lebuh Downing

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH BARAT DAYA

Zon Lebuh King

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

Zon Lebuh Light

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PULAU PINANG

Zon Lebuh Queen

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TIMUR LAUT

Zon Lebuh Victoria

UNIT PENTADBIRAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PULAU PINANG

PENAMBAHBAIKAN TEMPAT PARKIR MOTOSIKAL BERBUMBUNG UNTUK PELANGGAN DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SPU DAN LALUAN PEJALAN KAKI

Baru-baru ini telah selesai satu projek penambahbaikan kerja - kerja membina parkir motosikal berbumbung dengan kerjasama daripada Jabatan Kerja Raya Seberang Perai Utara di Mahkamah Rendah Syariah SPU ini.

PROSES SANITASI COVID 19 MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI UTARA

Pada 20/08/2021 baru - baru ini telah dilaksanakan proses sanitasi nyah kuman di seluruh premis Mahkamah khususnya di tempat yang dilalui oleh pelanggan yang berurusan di Mahkamah.

PEMASANGAN BENDERA JALUR GEMILANG DAN BENDERA NEGERI PULAU PINANG DI HADAPAN MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI UTARA.

Pemasangan bendera jalur gemilang dan juga bendera negeri Pulau Pinang telah dilakukan pada baru - baru ini sempena sambutan Bulan Kemerdekaan pada 31 Ogos 2021.

Kunjungan YAA Dato' Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang ke Mahkamah Rendah Syariah Daerah Seberang Perai Utara.

Assalamualaikum WBT,Alhamdulillah baru - baru ini pada hari Rabu, 3 Mac 2021, mahkamah telah menerima kunjungan YAA Dato' Muhamad Abdul Karim bin Wahab, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) bersama pegawai dan kakitangan JKSNPP untuk memantau sendiri perjalanan SOP ditempat kerja dimana tujuan ini untuk memastikan kakitangan yang bekerja di pejabat mematuhi setiap garis panduan SOP yang telah ditetapkan di tempat kerja.

PROSES SANITASI COVID-19 DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI UTARA.

Assalamualaikum WBT, pada 19 Februari 2021 pihak Bomba dan Penyelamat Kepala Batas telah dipanggil untuk melaksanakan proses sanitasi nyah kuman di seluruh bangunan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Seberang Perai Utara khususnya di tempat yang dilalui oleh kebanyakkan pelanggan yang datang ke Mahkamah untuk berurusan. Disini disertakan beberapa keping gambar untuk tatapan umum.

Audit EKSA Zon Bertam Bil.2/2020

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah telahpun selesai Audit EKSA Zon Bertam Bil 2/2020 pada hari Isnin 23/11/2020 yang lalu. Pada hari tersebut seramai 4 orang juruaudit yang dilantik telah datang ke Mahkamah Rendah Syariah Daerah Seberang Perai Utara iaitu:1.Tuan Nik Suhaimi Bin Nik Saberi 2.Puan Hamizah Binti Hamid 3.Puan Dalila Hanisah Binti Abu Bakar 4. Puan Shahida Binti Desa untuk menyelia disini.Segala teguran telah diperbaiki dan pihak mahkamah akan menambahbaikkan sektor-sektor yang mengalami kerosakan dan sebagainya dari semasa ke semasa. Disini disertakan beberapa keping gambar untuk tatapan umum.

Aktiviti Gotong Royong EKSA

Pada 13 November yang lalu. terdapat gotong royong EKSA telah diadakan di Zon Bertam. Majlis dimulai dengan sesi taklimat ringkas serta jamuan makan pagi, seterusnya gotong royong menghias zon Bertam dengan pokok-pokok baru yang telah dibeli. Sesi gotong royong dihsertai oleh semua ahli jawatankuasa Zon Bertam serta pekerja syarikat pencucian selain dbantu oleh pak cik guard yang sukarela membantu kerja-kerja mengangkat pokok-pokok bunga. Tahniah dan syabas diucapkan.

Share

Twitter Facebook