"KEMAS, BERSIH DAN CERIA PENCETUS TRANSFORMASI KERJA BERKUALITI"

Pages

Induk EKSA JKSNPP

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG

Zon Lebuh Armenian

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Zon Lebuh Campbell

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Zon Lebuh Downing

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH BARAT DAYA

Zon Lebuh King

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

Zon Lebuh Light

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PULAU PINANG

Zon Lebuh Queen

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TIMUR LAUT

Zon Lebuh Victoria

UNIT PENTADBIRAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PULAU PINANG

Aktiviti Gotong Royong EKSA

Pada 13 November yang lalu. terdapat gotong royong EKSA telah diadakan di Zon Bertam. Majlis dimulai dengan sesi taklimat ringkas serta jamuan makan pagi, seterusnya gotong royong menghias zon Bertam dengan pokok-pokok baru yang telah dibeli. Sesi gotong royong dihsertai oleh semua ahli jawatankuasa Zon Bertam serta pekerja syarikat pencucian selain dbantu oleh pak cik guard yang sukarela membantu kerja-kerja mengangkat pokok-pokok bunga. Tahniah dan syabas diucapkan.

Zon Bertam telah melantik Pentadbir blog yang baru iaitu Cik Nurul Aini Binti Ahmad Shofed bagi menggantikan Tuan Khateb Bin Harun yang menarik diri secara lisan memandangkan terikat dengan pelbagai tugas sebagai Pegawai SULH Jabatan. Untuk pengetahuan semua Cik Nurul merupakan kakitangan baru yang baru sahaja melaporkan diri ke MRSSPU. Selamat menunaikan amanah baru kepada Cik Nurul Aini serta tahniah di atas perlantikan ini. Somoga cabaran menjadi Pentadbir Blog ini ialah cabaran utama dalam memajukan karier Cik di Zon Bertam.

Penambahbaikan carta pergerakan di workstation kakitangan

Pada 9hb Oktober 2020 yang lalu sepatutnya telah dijadualkan berlangsung Kursus Blog di KOMTAR. Namun demikian, kursus tersebut terpaksa dibatalkan kerana Pandemik Covid-19. Sehubungan itu, dengan bantuan dari adik-adik praktikal seramai 6 orang, Zon Bertam mengambil inisiatif mengisi masa terluang dengan membuat carta pergerakan yang baru dan diberi nafas baru yang lebih segar. Terima kasih banyak-banyak dari admin serta kakitangan Zon Bertam di atas inisiatif adik-adik yang berusaha untuk membantu menceriakan lagi Zon Bertam.

Selamat Datang JuruAudit Dalam Eksa ke Zon Bertam

Pada 27 Julai 2020 Zon Bertam telah diaudit oleh beberapa orang Juruaudit yang di ketuai oleh Puan Dalila Hanisah selaku Ketua Juruaudit dan diiringi oleh Tuan Rahman dan Puan Shahida. Semoga dengan kehadiran Juruaudit yang mantap ini akan lebih memberikan semangat kepada warga Zon Bertam untuk membuat penambahbaikan dan menjadikan Zon Bertam lebih selesa, kemas dan lebih bersih.




PROSES SANITASI AWAM NYAH KUMAN DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA













LAWATAN YAA TUAN MUHAMMAD ABDUL KARIM BIN WAHAB KE MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI UTARA







PERSEDIAAN PENGOPERASIAN MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA PASCA PKP



Alhamdulillah setelah hampir tiga bulan PKP, akhirnya Mahkamah akan dibuka semula. Sehubungan itu proses sanitasi telah dilakukan dengan kerjasama pihak BOMBA Kepala Batas di setiap penjuru dan ruang dalam bangunan Zon Bertam

Zon Bertam juga menyediakan hand sanitizer serta pengimbas suhu serta menampal dan melabel kerusi bagi penjarakan sosial supaya pelanggan yang hadir nanti tidak bersesak-sesak.







GOTONG ROYONG BILIK FAIL




Share

Twitter Facebook