"KEMAS, BERSIH DAN CERIA PENCETUS TRANSFORMASI KERJA BERKUALITI"

Pages

Induk EKSA JKSNPP

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG

Zon Lebuh Armenian

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Zon Lebuh Campbell

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Zon Lebuh Downing

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH BARAT DAYA

Zon Lebuh King

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

Zon Lebuh Light

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PULAU PINANG

Zon Lebuh Queen

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TIMUR LAUT

Zon Lebuh Victoria

UNIT PENTADBIRAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PULAU PINANG

LAWATAN PENANDA ARAS OLEH UNIT KESIHATAN SINARAN DAN JURU X-RAY, JABATAN KESIHATAN PULAU PINANG KE LEBUH ARMENIAN


23.11.2016 - Lebuh Armenian sekali lagi menerima kunjungan jabatan luar buat kali ke dua bagi tahun 2016. Kunjungan pada kali ini adalah daripada Unit Kasihatan Negeri Sinaran dan Juru X ray, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang yang terdiri daripada 14 orang pegawai dan kakitangan yang diketuai oleh Puan Ku Shaidaton Akmar Binti Ku Bakar yang juga merupakan Pegawai Penyelaras EKSA di JKN Pulau Pinang


Taklimat disampaikan oleh Ketua Penyelaras EKSA, Tuan Muhammad Ridhuwan

Para peserta lawatan khusyuk mendengar taklimat yang disampaikan


Sesi Lawatan

Penyerahan plak dari pihak JKSNPP sebagai kenang-kenangan

Penyerahan Sijil Penghargaan kepada Lebuh Armenain atas kerjasama yang diberikan

Sesi bergambar




BENGKEL PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN BLOG EKSA

Pada 17 November 2016 telah diadakan Bengkel Pengurusan dan Penyelenggaraan Blog EKSA yang melibatkan semua pentadbir blog induk dan zon setiap daerah. Bengkel ini dikendalikan sepenuhnya oleh Encik Khairil Izwan Bin Mansor, Pegawai ICT JKSNPP. Bengkel ini bertujuan untuk memastikan blog-blog di setiap zon dikemaskini dari semasa ke semasa. Terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Induk yang menganjurkan bengkel ini. Semoga ilmu yang disampaikan dapat dimanfaatkan bersama.


En. Khairil Izwan sedang memberikan penerangan


Para peserta khusyuk mendengar taklimat yang disampaikan





Gotong Royong Perdana EKSA


Pada 28 Oktober 2016 telah diadakan gotong royong perdana EKSA di Lebuh Armenian dengan penglibatan sebahagian ahli. Antara aktiviti yang dijalankan ialah memansuhkan sudut EKSA dan mengemaskini aset untuk pelupusan. Terima kasih diucapkan kepada semua dan berharap program ini akan berterusan dari semasa ke semasa.









Audit Dalaman EKSA


Audit Dalaman EKSA akan diadakan pada 4/8/2016 di Lebuh Armenian, Semua warga Lebuh Armenian diharapkan sudah bersedia

Lawatan Penanda Aras EKSA Oleh Jabatan Akauntan Negara Pulau Pinang

Pada 28 Julai 2016, Zon Armenian telah dipilih sebagai destinasi lawatan Penanda Aras EKSA yang dihadiri oleh 32 orang pegawai dan kakitangan daripada Jabatan Akauntan Negara Pulau Pinang. Satu taklimat ringkas berkenaan EKSA di JKSNPP telah disampaikan oleh Tuan Muhammad Ridhuan Bin Ibrahim selaku Ketua Penyelaras EKSA JKSNPP, turut hadir Ketua Pendaftar Tuan Mohd Zawawi Bin Nor, Setiausaha EKSA JKSNPP Puan Aminah Binti Abdul Halim, Ketua Zon Lebuh Armenian Puan Dalila Hanisah Binti Abu Bakar, Penolong Pendaftar MRSSPU Tuan Haji Mohd Yusri Bin Salleh dan beberapa orang pegawai dan kakitangan JKSNPP

Semoga dengan lawatan ini kedua-dua jabatan dapat menjalin kerjasama erat dalam memantapkan pengamalan EKSA di jabatan masing-masing.

Ketua Penelaras Sedang Menyampaikan Taklimat

 Para Peserta Lawatan


Sijil Pengiktirafan MAMPU

Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perdana Menteri (MAMPU) telah menganugerahkan Sijil Pengiktirafan kepada Mahkamah Rendah Syariah Daerah Seberang Perai Utara (Zon Lebuh Armenian) kerana telah memenuhi kriteria komponen Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dengan CEMERLANG.

Tahniah kepada semua warga MRSSPU anda terbaik!!!


Hari ini Audit Persijilan EKSA Oleh MAMPU



Tahniah kepada semua warga Zon Armenian kerana telah diaudit Persijilan EKSA oleh MAMPU pada hari ini 15/3/2016 tamat pada jam 12.00 tgh tadi, kerjasama yang erat telah sedikit sebanyak menjayakan pengauditan tersebut, terima kasih kepada juruaudit MAMPU En. Mogana yang telah menjalankan pengauditan di sini.

Audit Persijilan EKSA Oleh MAMPU



Audit Persijilan EKSA oleh MAMPU akan diadakan pada 14/3/2016 hingga 16/3/2016 melibatkan semua zon, jika semua zon dapat memenuhi kriteria audit yang ditetapkan maka semua zon akan mendapat sijil EKSA dari MAMPU, adalah diharapkan semua warga Zon Armenian bersedia, kepada Juruaudit diucapkan selamat datang.

Tahniah


 Tahniah kepada Zon Armenian kerana telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan Blog EKSA Paling Kreatif 2016 JKSNPP yang diadakan pada 13/1/2016 yang lalu

Audit Dalaman EKSA



Audit Dalaman EKSA akan diadakan pada 18/2/2016 di Lebuh Armenian, Semua warga Lebuh Armenian diharapkan sudah bersedia

Persediaan Terakhir Pertandingan Blog EKSA Terbaik


Hari ini adalah hari yang dinantikan, nampaknya semua zon telah bekerja keras bagi menghadapi Pertandingan Blog EKSA Terbaik, kepada semua blogger diucapkan selamat maju jaya.

Pertandingan Blog EKSA Terbaik

Pertandingan Blog EKSA terbaik akan diadakan pada 13 Januari 2016, pertandingan ini dianjurkan Jawatan Kuasa Promosi EKSA yang akan diadili panel yang dilantik dari kalangan ICT SUK Pulau Pinang.

Share

Twitter Facebook