"KEMAS, BERSIH DAN CERIA PENCETUS TRANSFORMASI KERJA BERKUALITI"

Pages

Induk EKSA JKSNPP

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG

Zon Lebuh Armenian

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Zon Lebuh Campbell

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Zon Lebuh Downing

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH BARAT DAYA

Zon Lebuh King

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

Zon Lebuh Light

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PULAU PINANG

Zon Lebuh Queen

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TIMUR LAUT

Zon Lebuh Victoria

UNIT PENTADBIRAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PULAU PINANG

PENUTUPAN AUDIT PENSIJILAN MAMPU

Pada 4 Oktober 2018 telah diadakan Mesyuarat Penutupan Pengauditan EKSA MAMPU dan dihadiri oleh Jawatankuasa Induk dan semua ketua zon. Mesyuarat bermula jam 9.00 pagi dan dipengerusikan oleh Y.A. Zaim Bin Mat Yudin. Pihak Juruaudit telah memberikan teguran dan pujian setelah auditan dijlankan di semua lokasi. Terdapat beberapa teguran yang perlu diperbaiki dan ditambahbaik serta perlu diberi maklumbalas dalam tempoh tiga hari kepada pihak MAMPU.











AUDIT PENSIJILAN SEMULA - MAMPU

2.10.2018 - Pada hari ini auditor daripada pihak MAMPU iaitu Puan Zuasma binti Yahaya telah menjalankan audit Lebuh Armenian dan merupakan lokasi ketiga yang dikunjungi selepas Lebuh Downing dan Campbell. Sepanjang audit dijalankan, Puan Azlina selaku Ketua Zon mengiringi beliau ke semua tempat di Lebuh Armenian ini. Di akhir pengauditan, beliau maklumkan pelaksanaan audit di Lebuh Armenian memuaskan namun terdapatt beberapa penemuan yang perlu dibuat penambahbaikan dan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Penutupan audit pada 4 Oktober 2018.











GOTONG ROYONG EKSA 28 & 29 SEPT 2018

Pada 28 & 29 September 2018, Lebuh Armenian telah mengadakan Gotong Royong EKSA sebgai persediaan untuk menghadapi audit daripada pihak MAMPU yang dijadualkan pada 2 hingga 4 Oktober 2018. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengemas dan menyusun atur semua tempat lokasi audit seperti bilik latihan, bilik mesyuarat, kaunter, pantri, surau dan sebagainya. Terima kasih kepada warga kerja Lebuh Armenian atas kerjasama yang diberikan!











Share

Twitter Facebook