"KEMAS, BERSIH DAN CERIA PENCETUS TRANSFORMASI KERJA BERKUALITI"

Pages

Induk EKSA JKSNPP

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG

Zon Lebuh Armenian

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Zon Lebuh Campbell

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Zon Lebuh Downing

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH BARAT DAYA

Zon Lebuh King

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

Zon Lebuh Light

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PULAU PINANG

Zon Lebuh Queen

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TIMUR LAUT

Zon Lebuh Victoria

UNIT PENTADBIRAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PULAU PINANG

HARI INOVASI JKSNPP

3.5.2018 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Pertandingan Innovation Blast 2018 sempena Hari Inovasi peringkat Jabatan. Pertandingan ini dibahagi kepada dua kategori iaitu individu dan kumpulan. Juri bagi pertandingan ini ialah Encik Khairil Anuar Bin Amir iaitu Pengurus MPC Zon Utara. Beliau turut menyampaikan ceramah yang bertajuk 'Thinking Outside The Box'. Lebuh Armenian telah menghantar dua penyertaan individu iaitu Puan Norbaayah Binti Noor dan En. Mohd Helmi Bin Ismail dan satu penyertaan kumpulan (Kumpulan Mynda). Kumpulan Mynda telah dinobatkan sebagai Juara Kumpulan sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM200 beserta sijil penyertaan.





Ketua Zon Lebuh Armenian (Baru)

2.5.2018 - Secara rasminya Ketua Zon, Lebuh Armenian Tuan Hj Mohd Yusri Bin Salleh telah ditukarkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang (MTSPP) atas kenaikan pangkat Gred LS38. Tempat beliau diganti oleh Puan Nor Azlina Binti Abdul Aziz daripada MTSSPP. Ini secara langsung beliau menggantikan Tuan Haji Yusri sebagai Ketua Zon Lebuh Armenian. TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA diucapkan kepada Tuan Haji Yusri serta terima kasih atas jasa yang diberikan sepanjang bertugas di sini. Kepada Puan Azlina, SELAMAT DATANG diucapkan. Semoga dengan kehadiran puan dapat meningkatkan lagi pencapaian EKSA di Lebuh Armenian ini.

Kursus Pemerkasaan EKSA

20.4.2018 - Jawatankuasa Latihan Induk EKSA telah menganjurkan Kursus Pemerkasaan EKSA bertempat di Mahkamah Rendah Syariah Barat Daya Pulau Pinang (Lebuh Downing). Objektif kursus ini diadakan bagi memantapkan lagi pemahaman pelaksanaan EKSA di kalangan pegawai dan kakitangan Jabatan. Penceramah yang dijemput adalah Champion EKSA iaitu SR. Rabiulkhair Bin Mohd Nor yang bertugas di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) Tanjung Malum, Perak. 

Seramai 50 orang peserta yang terlibat dan empat orang daripadanya adalah dari Lebuh Armenian. Antara perkongsian yang diberikan oleh penceramah ialah Imej korporat, kesesuaian pelabelan & parking, mengutamakan ciri-ciri keselamatan, Kreativiti & Inovasi dan sebagainya. Diharapkan apa yang disampaikan dapat diaplikasikan oleh semua peserta khususnya warga Armenian sebagai persediaan menghadapi audit pensijilan semua oleh pihak MAMPU.




Mesyuarat EKSA Bil. 2/2018

19.4.2018 - Lebuh Armenian telah mengadakan Mesyuarat EKSA bil 2/2018. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Yusri Bin Salleh selaku Ketua Lebuh Armenian dan diadakan selepas Mesyuarat Pengurusan MRSSPU. Antara perkara yang dibincangkan ialah penemuan-penemuan audit dalam yang telah diambil tindakan. Pengerusi juga memaklumkan mengenai markah audit dalam yang telah diumumkan dalam Mesyuarat Induk EKSA di Ibu Pejabat yang mana Lebuh Armenian telah mendapat tempat kelima daripada tujuh zon dengan markah sebanyak 90.80%. Pengerusi mengharapkan semua warga Lebuh Armenian dapat membuat persediaan awal untuk menerima kunjungan Audit Pensijilan Semula oleh pihak MAMPU.






Keputusan Audit Dalaman EKSA Bil. 1/2018

Keputusan Audit Dalaman EKSA bil 1/2018 telah diumumkan oleh Tuan Nik Suhaimi Bin Nik Saberi selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk EKSA semasa Mesyuarat Jawatankuasa Induk yang  diadakan pada 28 Mac 2018. Hasil daripada keputusan tersebut Lebuh Armenian menduduki tempat kellima daripada 7 zon dengan mendapat markah sebanyak 90.80%. Diharapkan warga kerja Lebuh Armenian dapat berusaha dengan lebih baik lagi bagi mencapai kedudukan yang lebih tinggi dalam audit akan datang. Walau bagiamanapun tahniah diucapkan kepada semua kerana medapat markah melebihi 90%.

Gotong Royong EKSA - 4/2018

13.4.2018 - Lebuh Armenian telah mengadakan gotong royong EKSA bagi mengemaskini Bilik Fail. Pada audit dalaman yang lepas, terdapat teguran berkaitan penyusunan kedudukan fail-fail kerana hasil cubaan carian 30 saat hanya seorang sahaja berjaya dapat mencari fail dalam tempoh yang ditetapkan. Apabila diteliti semula, didapati kedudukan fail kurang tersusun mengikut tahun. Oleh demikian, gotong royong ini diadakan bagi mengemaskini fail-fail mengikut turutan tahun bagi memudahkan carian dibuat. Fail-fail kes yang boleh dilupuskan iaitu melebihi 10 tahun diletakkan di Bilik Pelupusan untuk tindakan selanjutnya,








Gotong Royong EKSA - 3/2018

16.3.2018 - Lebuh Armenian sekali lagi telah mengadakan gotong royong EKSA. Lokasi gotong royong pada kali ini ialah di pondok pengawal dan rumah sampah . Ini kerana pada  audit dalaman yang dijalankan pada 28.2.2018, didapati terdapat teguran dari pasukan audit iaitu pondok pengawal perlu diberi penambahbaikan yang sewajarnya terutama dari aspek keselamatan, keselesaan pengawal, kekemasan dan kebersihan pondok pengawal tersebut. Hasil perbincangan, semua kakitangan bersetuju untuk mengencart semula agar lebih tampak cantik dan kemas. Rumah sampah pula dibersihkan dan barang-barang yang tidak sepatutnya berada di situ dibuang dan dilupuskan. Terima kasih kepada semua warga kerja Lebuh Armenian atas kerjasama yang diberikan. Semoga kejayaan sentiasa menjadi milik kita

















Share

Twitter Facebook