"KEMAS, BERSIH DAN CERIA PENCETUS TRANSFORMASI KERJA BERKUALITI"

Pages

Induk EKSA JKSNPP

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG

Zon Lebuh Armenian

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Zon Lebuh Campbell

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Zon Lebuh Downing

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH BARAT DAYA

Zon Lebuh King

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

Zon Lebuh Light

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PULAU PINANG

Zon Lebuh Queen

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TIMUR LAUT

Zon Lebuh Victoria

UNIT PENTADBIRAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PULAU PINANG

AKTIVITI GO GREEN LEBUH ARMNEIAN

07.12.2018 (Jumaat) - Pada hari ini Lebuh Armenian telah mengadakan salah salah satu aktiviti go green iaitu penanaman pokok di sekitar perkarangan mahkamah. Antara pokok yang ditanam ialah mempelam, manggis dan rambutan yang disumbangkan oleh Jabatan Pertanian. Terima kasih kepada semua warga atas kerjasama menjalankan aktiviti ini. Semoga pokok-pokok ini membesar dengan baik agar kita mendapat hasilnya dan dapat menghijaukan bumi kita ini.












LEBUH ARMENIAN TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN LACI ALAT TULIS PALING KREATIF




29.11.2018 (Jumaat) - Tahniah Lebuh Armenian mendapat tempat ketiga pertandingan laci alat tulis paling kreatif yang telah diadakan pada 20 September 2018 yang lepas. Bagi pertandingan sudut Informasi & Pengiktirafan Terbaik yang diadakan serentak, Lebuh Armenian mendapat tempat keempat daripada tujuh zon yang bertanding. Hadiah disampaikan oleh Y.A. Dato' KHS berupa trofi bagi tempat pertama hingga ketiga, dan sijil bagi tempat keempat hingga ketujuh. Semoga Lebuh Armenian lebih berusaha dalam pertandingan-pertandingan akan datang.





PENSIJILAN SEMULA EKSA DENGAN CEMERLANG

29.11.2018 (Jumaat) - Penyampaian Sijil EKSA MAMPU kepada semua zon telah diadakan pada perhimpunan bulanan JKSNPP pada hari ini. Semua Zon telah mendapat pensijilan semula termasuk Lebuh Armenian dengan status cemerlang dan berkuatkuasa dari 1 November 2018 sehingga 31 Oktober 2020. Tahniah diucapkan, semoga amalan EKSA dapat dipertingkatkan dan menjadi budaya semua warga JKSNPP khususnya di Lebuh Armenian. Syabas!

















LAWATAN ILMIAH KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS

10 Oktober 2018 - Pada hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Utara telah menerima kunjungan lawatan ilmiah daripada Kolej Komuniti Kepala Batas, Pulau Pinang. Antara objektif lawatan ini ialah untuk mendapatkan maklumat dan pendedahan berkenaan prosedur dan proses perbicaraan kes pembubaran perkahwinan dan hak-hak isteri selepas perceraian yang dipelajari dalam kursus Pendidakan Islam. Seramai 30 orang pelajar termasuk dua orang pensyarah yang mengikuti lawatan ini. Terima kasih dan semoga berjumpa lagi.





Share

Twitter Facebook