Pada 17 November 2016 telah diadakan Bengkel Pengurusan dan Penyelenggaraan Blog EKSA yang melibatkan semua pentadbir blog induk dan zon setiap daerah. Bengkel ini dikendalikan sepenuhnya oleh Encik Khairil Izwan Bin Mansor, Pegawai ICT JKSNPP. Bengkel ini bertujuan untuk memastikan blog-blog di setiap zon dikemaskini dari semasa ke semasa. Terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Induk yang menganjurkan bengkel ini. Semoga ilmu yang disampaikan dapat dimanfaatkan bersama.
En. Khairil Izwan sedang memberikan penerangan

Para peserta khusyuk mendengar taklimat yang disampaikan