"KEMAS, BERSIH DAN CERIA PENCETUS TRANSFORMASI KERJA BERKUALITI"

Pages

Induk EKSA JKSNPP

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG

Zon Lebuh Armenian

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Zon Lebuh Campbell

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Zon Lebuh Downing

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH BARAT DAYA

Zon Lebuh King

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

Zon Lebuh Light

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PULAU PINANG

Zon Lebuh Queen

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TIMUR LAUT

Zon Lebuh Victoria

UNIT PENTADBIRAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PULAU PINANG

Perlantikan Pentadbir Blog Baru

Pada 15 April 2019 yang lalu , pentadbir blog baru telah dilantik  bagi menggantikan  Puan Dalila Hanisah Binti Abu bakar yang telah bertukar ke Pejabat Ketua Hakim di Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Selamat datang diucapkan kepada tuan Khateb .



AUDIT DALAMAN EKSA BIL 1/2019

09.04.2019 - Lebuh Armenian telah dikunjungi oleh pasukan Audit Dalaman Induk  EKSA yang diketuai oleh Tn Nik Suhaimi Bin Nik Saberi. Turut bersama beliau empat orang lagi auditor iaitu Pn. Nor Aziani, Puan Hamizah Binti Hamid. Semua warga Lebuh Armenian telah memberi kerjasama yang baik sepanjang audit dijalankan. Segala teguran yang diberikan telah diambilmaklum dan akan dibuat penambahbaikan agar matlamat pelaksanaan EKSA khususnya di Mahkamah ini dapat direalisasikan sebaiknya.











AKTIVITI GO GREEN LEBUH ARMNEIAN

07.12.2018 (Jumaat) - Pada hari ini Lebuh Armenian telah mengadakan salah salah satu aktiviti go green iaitu penanaman pokok di sekitar perkarangan mahkamah. Antara pokok yang ditanam ialah mempelam, manggis dan rambutan yang disumbangkan oleh Jabatan Pertanian. Terima kasih kepada semua warga atas kerjasama menjalankan aktiviti ini. Semoga pokok-pokok ini membesar dengan baik agar kita mendapat hasilnya dan dapat menghijaukan bumi kita ini.












LEBUH ARMENIAN TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN LACI ALAT TULIS PALING KREATIF




29.11.2018 (Jumaat) - Tahniah Lebuh Armenian mendapat tempat ketiga pertandingan laci alat tulis paling kreatif yang telah diadakan pada 20 September 2018 yang lepas. Bagi pertandingan sudut Informasi & Pengiktirafan Terbaik yang diadakan serentak, Lebuh Armenian mendapat tempat keempat daripada tujuh zon yang bertanding. Hadiah disampaikan oleh Y.A. Dato' KHS berupa trofi bagi tempat pertama hingga ketiga, dan sijil bagi tempat keempat hingga ketujuh. Semoga Lebuh Armenian lebih berusaha dalam pertandingan-pertandingan akan datang.





PENSIJILAN SEMULA EKSA DENGAN CEMERLANG

29.11.2018 (Jumaat) - Penyampaian Sijil EKSA MAMPU kepada semua zon telah diadakan pada perhimpunan bulanan JKSNPP pada hari ini. Semua Zon telah mendapat pensijilan semula termasuk Lebuh Armenian dengan status cemerlang dan berkuatkuasa dari 1 November 2018 sehingga 31 Oktober 2020. Tahniah diucapkan, semoga amalan EKSA dapat dipertingkatkan dan menjadi budaya semua warga JKSNPP khususnya di Lebuh Armenian. Syabas!

















LAWATAN ILMIAH KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS

10 Oktober 2018 - Pada hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Utara telah menerima kunjungan lawatan ilmiah daripada Kolej Komuniti Kepala Batas, Pulau Pinang. Antara objektif lawatan ini ialah untuk mendapatkan maklumat dan pendedahan berkenaan prosedur dan proses perbicaraan kes pembubaran perkahwinan dan hak-hak isteri selepas perceraian yang dipelajari dalam kursus Pendidakan Islam. Seramai 30 orang pelajar termasuk dua orang pensyarah yang mengikuti lawatan ini. Terima kasih dan semoga berjumpa lagi.





PENUTUPAN AUDIT PENSIJILAN MAMPU

Pada 4 Oktober 2018 telah diadakan Mesyuarat Penutupan Pengauditan EKSA MAMPU dan dihadiri oleh Jawatankuasa Induk dan semua ketua zon. Mesyuarat bermula jam 9.00 pagi dan dipengerusikan oleh Y.A. Zaim Bin Mat Yudin. Pihak Juruaudit telah memberikan teguran dan pujian setelah auditan dijlankan di semua lokasi. Terdapat beberapa teguran yang perlu diperbaiki dan ditambahbaik serta perlu diberi maklumbalas dalam tempoh tiga hari kepada pihak MAMPU.











AUDIT PENSIJILAN SEMULA - MAMPU

2.10.2018 - Pada hari ini auditor daripada pihak MAMPU iaitu Puan Zuasma binti Yahaya telah menjalankan audit Lebuh Armenian dan merupakan lokasi ketiga yang dikunjungi selepas Lebuh Downing dan Campbell. Sepanjang audit dijalankan, Puan Azlina selaku Ketua Zon mengiringi beliau ke semua tempat di Lebuh Armenian ini. Di akhir pengauditan, beliau maklumkan pelaksanaan audit di Lebuh Armenian memuaskan namun terdapatt beberapa penemuan yang perlu dibuat penambahbaikan dan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Penutupan audit pada 4 Oktober 2018.











GOTONG ROYONG EKSA 28 & 29 SEPT 2018

Pada 28 & 29 September 2018, Lebuh Armenian telah mengadakan Gotong Royong EKSA sebgai persediaan untuk menghadapi audit daripada pihak MAMPU yang dijadualkan pada 2 hingga 4 Oktober 2018. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengemas dan menyusun atur semua tempat lokasi audit seperti bilik latihan, bilik mesyuarat, kaunter, pantri, surau dan sebagainya. Terima kasih kepada warga kerja Lebuh Armenian atas kerjasama yang diberikan!











PERTANDINGAN SUDUT INFORMASI & SUDUT PENGIKTIRAFAN PALING KREATIF & LACI ALAT TULIS TERBAIK

20 September 2018 - Pada hari ini telah diadakan Pertandingan Sudut Informasi & Sudut Pengiktirafan Paling Kreatif dan Laci Alat Tulis Terbaik. Juri bagi pertandingan ini ialah Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang, Y.A.A. Dato' Hj. Mohamad Syakir Bin Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Tinggi, Y.A. Tuan Mohd Yunus Bin Mohamad Zin dan seorang juri jemputan. Lebuh Armenian adalah lokasi pertama yang dikunjungi oleh juri. Sesi penjurian berjalan lancar dan memuaskan dengan kerjasama yang diberikan oleh semua warga Lebuh Armenian. Terima kasih diucapkan.






GOTONG ROYONG EKSA

15 & 18 September 2018 - Lebuh Armenian telah mengadakan gotong royong pada 15 & 18 September 2018. Gotong royong ini diadakan sebagai persediaan menghadapi pertandingan Sudut Pengiktirafan, Sudut Informasi dan Laci Alat Tulis Terbaik. Ahli yang tidak dapat hadir pada 15 September 2018 (Sabtu), dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan tugasan yang diberi pada hari Selasa (18 September 2018).  Semua warga Lebuh Armenian didapati dapat memberi komitmen dan  kerjasama yang sewajarnya walaupaun tempoh persediaan yang diberikan untuk tiga pertandingan ini agak singkat. Terima kasih dan tahniah diucapkan. Semoga kejayaan menjadi milik kita.









Share

Twitter Facebook