PROSES SANITASI AWAM NYAH KUMAN DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA
Friday, June 05, 2020
ZON BERTAM
LAWATAN YAA TUAN MUHAMMAD ABDUL KARIM BIN WAHAB KE MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI UTARA
Friday, June 05, 2020
ZON BERTAM
PERSEDIAAN PENGOPERASIAN MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA PASCA PKP
Friday, June 05, 2020
ZON BERTAM
Alhamdulillah setelah hampir tiga bulan PKP, akhirnya Mahkamah akan dibuka semula. Sehubungan itu proses sanitasi telah dilakukan dengan kerjasama pihak BOMBA Kepala Batas di setiap penjuru dan ruang dalam bangunan Zon Bertam
Zon Bertam juga menyediakan hand sanitizer serta pengimbas suhu serta menampal dan melabel kerusi bagi penjarakan sosial supaya pelanggan yang hadir nanti tidak bersesak-sesak.
Gotong Royong Perdana
Thursday, October 31, 2019
ZON BERTAM
Pada 1 November 2019 Ketua Zon membuat keputusan bahawa akan mengadakan Hari Gotong Royong sempena Audit EKSA akan dijadualkan bermula pada 11 November 2019 hingga 14 November 2019 di JKSNPP.

Aktiviti Penambahbaikan Papan Tanda Parkir Pegawai.

Papan Tanda Parkir Pegawai
Gambar sebelum aktiviti mengecat di bahagian sudut info
PERUBAHAN NAMA ZON-ZON EKSA
Monday, September 23, 2019
ZON BERTAM
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu EKSA pada 19 September 2019 yang lalu, mesyuarat telah memutuskan perubahan nama zon-zon oleh tuan pengerusi iaitu Zon Lebuh Armenian ditukar kepada Zon Bertam berkuatkuasa pada25 September 2019.
Perlantikan Pentadbir Blog Baru
Monday, April 22, 2019
ZON BERTAM
Pada 15 April 2019 yang lalu , pentadbir blog baru telah dilantik bagi menggantikan Puan Dalila Hanisah Binti Abu bakar yang telah bertukar ke Pejabat Ketua Hakim di Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Selamat datang diucapkan kepada tuan Khateb .
AUDIT DALAMAN EKSA BIL 1/2019
Tuesday, April 16, 2019
ZON BERTAM
09.04.2019 - Lebuh Armenian telah dikunjungi oleh pasukan Audit Dalaman Induk EKSA yang diketuai oleh Tn Nik Suhaimi Bin Nik Saberi. Turut bersama beliau empat orang lagi auditor iaitu Pn. Nor Aziani, Puan Hamizah Binti Hamid. Semua warga Lebuh Armenian telah memberi kerjasama yang baik sepanjang audit dijalankan. Segala teguran yang diberikan telah diambilmaklum dan akan dibuat penambahbaikan agar matlamat pelaksanaan EKSA khususnya di Mahkamah ini dapat direalisasikan sebaiknya.
AKTIVITI GO GREEN LEBUH ARMNEIAN
Thursday, December 20, 2018
ZON BERTAM
07.12.2018 (Jumaat) - Pada hari ini Lebuh Armenian telah mengadakan salah salah satu aktiviti go green iaitu penanaman pokok di sekitar perkarangan mahkamah. Antara pokok yang ditanam ialah mempelam, manggis dan rambutan yang disumbangkan oleh Jabatan Pertanian. Terima kasih kepada semua warga atas kerjasama menjalankan aktiviti ini. Semoga pokok-pokok ini membesar dengan baik agar kita mendapat hasilnya dan dapat menghijaukan bumi kita ini.
LEBUH ARMENIAN TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN LACI ALAT TULIS PALING KREATIF
Thursday, December 20, 2018
ZON BERTAM
29.11.2018 (Jumaat) - Tahniah Lebuh Armenian mendapat tempat ketiga pertandingan laci alat tulis paling kreatif yang telah diadakan pada 20 September 2018 yang lepas. Bagi pertandingan sudut Informasi & Pengiktirafan Terbaik yang diadakan serentak, Lebuh Armenian mendapat tempat keempat daripada tujuh zon yang bertanding. Hadiah disampaikan oleh Y.A. Dato' KHS berupa trofi bagi tempat pertama hingga ketiga, dan sijil bagi tempat keempat hingga ketujuh. Semoga Lebuh Armenian lebih berusaha dalam pertandingan-pertandingan akan datang.






























































