7.3.2018 - Lebuh Armenian telah menerima kunjungan jabatan luar buat kali pertama bagi tahun ini. Kunjungan pada kali ini adalah daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Bertam, Pulau Pinang dan juga daripadaa Jabatan Penjara Malaysia (Sungai Petani Kedah). Lawatan daripada JPN adalah seramai 6 orang yang diketuai oleh Puan Shaheeza Binti Aziz manakala daripada Penjara Sungai Petani juga seramai 6 orang yang diketuai oleh Tuan Ku Faizal Bin Ku Shuib. Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat ringkas, lawatan ke lokasi dan diakhiri dengan sesi bergambar. Lawatan ini turut disertai oleh Pengerusi Jawatankuasa Latihan Induk EKSA, Tuan Mohd Anuar Bin Shaari.
Sesi bergambar |
Sesi bergambar - Penjara Sungai Petani |
Sesi bergambar - JPN Cawangan Bertam |
Lawatan ke Bilik Tahanan |
Lawatan ke kaunter |
Lawatan ke ruang pejabat |
Lawatan ke Bilik Stor |