"KEMAS, BERSIH DAN CERIA PENCETUS TRANSFORMASI KERJA BERKUALITI"

Pages

Induk EKSA JKSNPP

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG

Zon Lebuh Armenian

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Zon Lebuh Campbell

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Zon Lebuh Downing

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH BARAT DAYA

Zon Lebuh King

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

Zon Lebuh Light

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PULAU PINANG

Zon Lebuh Queen

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TIMUR LAUT

Zon Lebuh Victoria

UNIT PENTADBIRAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PULAU PINANG

Lawatan Penandaarasan EKSA oleh JPN (Caw. Bertam) dan Jabatan Penjara Malaysia (Sungai Petani, Kedah)



7.3.2018 - Lebuh Armenian telah menerima kunjungan jabatan luar buat kali pertama bagi tahun ini. Kunjungan pada kali ini adalah daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Bertam, Pulau Pinang dan juga daripadaa Jabatan Penjara Malaysia (Sungai Petani Kedah). Lawatan daripada JPN adalah seramai 6 orang yang diketuai oleh Puan Shaheeza Binti Aziz manakala daripada Penjara Sungai Petani juga seramai 6 orang yang diketuai oleh Tuan Ku Faizal Bin Ku Shuib. Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat ringkas, lawatan ke lokasi dan diakhiri dengan sesi bergambar. Lawatan ini turut disertai oleh Pengerusi Jawatankuasa Latihan Induk EKSA, Tuan Mohd Anuar Bin Shaari.


Sesi bergambar 

Sesi bergambar - Penjara Sungai Petani

Sesi bergambar - JPN Cawangan Bertam

Lawatan ke Bilik Tahanan

Lawatan ke kaunter

Lawatan ke ruang pejabat


Lawatan ke Bilik Stor

Audit Dalaman EKSA bil 1/2018

28.2.2018 - Lebuh Armenian telah dikunjungi oleh pasukan Audit Dalaman Induk  EKSA yang diketuai oleh Tn Nik Suhaimi Bin Nik Saberi. Turut bersama beliau empat orang lagi auditor iaitu Tn. Najmuddin Pn. Nor Azlina Binti Shafee, Pn Syahida Binti dan Puan Hamizah Bin Hamid. Semua warga Lebuh Armenian telah memberi kerjasama yang baik sepanjang audit dijalankan. Segala teguran yang diberikan telah diambilmaklum dan akan dibuat penambahbaikan agar matlamat pelaksanaan EKSA khususnya di Mahkamah ini dapat direalisasikan sebaiknya.









Gotong Royong EKSA - 2/2018



23.2.2018 - Lebuh Armenian telah mengadakan gotong royong sebagai persediaan Audit Dalaman EKSA yang dijadualkan pada 26.2.2018. Antara aktiviti yang dijalankan ialah di ruang pejabat dan bilik fail. Diharapkan aktiviti gotong royong dapat dijalankan dengan kerap agar amalan EKSA dapat diamalkan dari semasa ke semasa.

Gotong Royong EKSA - 1/2018

9.1.2018 - Lebuh Armenian telah mengadakan gotong royong sebagai persediaan Audit Dalaman EKSA yang dijadualkan pada 26.2.2018. Antara aktiviti yang dijalankan ialah membersihkan kawasan bawah tangga yang dipenuhi dengan barang-barang yang tidak perlu dan juga mengemas meja kerja masing-masing. Diharapkan aktiviti gotong royong dapat dijalankan dengan kerap agar amalan EKSA dapat diamalkan dari semasa ke semasa.



KEPUTUSAN PERTANDINGAN SHITSUKE @ WORKSTATION & INVENTORI PALING TERBAIK


28.7.2017 - Lebuh Armenian telah berjaya membawa piala dan sijil bagi Pertandingan Shitsuke @ Workstation  Paling Terbaik yang diadakan pada 22 & 24.5 2017 yang lepas. Puan Siti Rohayu dan Puan Norbaayah masing-masing mendapat tempat ketiga bagi kategori partiton. Bagi kategori bilik Pn Dalila Hanisah dan Hj Mohd Yusri masing-masing mendapat tempat keempat dan kelapan. Walau bagaimanapaun, bagi pertandingan Inventori Paling Terbaik, Lebuh Armenian hanya mendapat sijil penyertaan. Tahniah diucapkan semoga Lebuh Armenian akan lebih maju selepas ini dalam apa-apa pertandingan EKSA anjuran Jabatan.

Tempat Ke-3 Kategori Partition : Puan Siti Rohayu Binti Desa

Tempat Ke-8 Kategori Partition : Puan Norbaayah Binti Mohd Nor
Tempat Ke-4 Kategori Bilik : Puan Dalila Hanisah Binti Abu Bakar



Pertandingan Shitsuke @ Workstation & Inventori Paling Terbaik

22 & 24 Mei 2017 - Jawatankuasa Promosi EKSA JKSNPP telah menganjurkan pertandingan Shitsuke @ Workstation & Inventori Paling Terbaik di semua lokasi Lebuh EKSA Jabatan. Juri bagi pertandingan ini ialah Ketua Hakim Syarie, Y.A.A. Dato' Hj Abdul Walid Bin Abu Hassan serta dua orang juri jemputan daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Pulau Pinang (JUPEM). Tahniah diucapkan kepada warga kerja Lebuh Armenian dalam menjayakan pertandingan ini!








 

Gotong Royong Perdana

Gotong Royong Perdana pada 10/2/2017

Sebelum

Selepas

Sebelum


Selepas

Mesyuarat EKSA Lebuh Armenian Bil. 1/2017

Pada 12 Januari 2017, jam 3.30 petang buat julung-julung kalinya untuk tahun ini telah diadakan Mesyuarat EKSA Lebuh Armenian Bil. 1/2017. Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh Ketua Zon Lebuh Armenian yang baru iaitu Tn. Hj. Mohd Yusri Bin Salleh yang juga merupakan Pen. Pendaftar Kanan MRSPPU. Mesyuarat  bersetuju untuk melantik En. Mohd Nasri Bin Yahaya (PT Kewangan) sebagai Setiausaha lebuh yang baru bagi menggantikan En. Mohd Shakoff Bin Rosli yang telah berpindah ke Kompleks Kehakiman Syariah Pulau Pinang. Mesyuarat juga bersetuju melantik Encik Abd Hamid Bin Bostami sebagai AJK Kitar Semula yang baru diwujudkan di peringkat induk.

Banyak perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat ini antaranya perlantikan PIC bagi setiap kawasan dan juga persediaan menghadapi Audit Dalaman Induk EKSA Bil 1/2017 yang dijadualkan akan diadakan pada 17 hingga 24 Februari 2017. Semoga warga Lebuh Armenian dapat memberi komitmen dalam perlaksanaan EKSA dan menjadi lebuh yang terbaik antara yang terbaikkk! InshaAllah :)



LAWATAN PENANDA ARAS OLEH UNIT KESIHATAN SINARAN DAN JURU X-RAY, JABATAN KESIHATAN PULAU PINANG KE LEBUH ARMENIAN


23.11.2016 - Lebuh Armenian sekali lagi menerima kunjungan jabatan luar buat kali ke dua bagi tahun 2016. Kunjungan pada kali ini adalah daripada Unit Kasihatan Negeri Sinaran dan Juru X ray, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang yang terdiri daripada 14 orang pegawai dan kakitangan yang diketuai oleh Puan Ku Shaidaton Akmar Binti Ku Bakar yang juga merupakan Pegawai Penyelaras EKSA di JKN Pulau Pinang


Taklimat disampaikan oleh Ketua Penyelaras EKSA, Tuan Muhammad Ridhuwan

Para peserta lawatan khusyuk mendengar taklimat yang disampaikan


Sesi Lawatan

Penyerahan plak dari pihak JKSNPP sebagai kenang-kenangan

Penyerahan Sijil Penghargaan kepada Lebuh Armenain atas kerjasama yang diberikan

Sesi bergambar




BENGKEL PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN BLOG EKSA

Pada 17 November 2016 telah diadakan Bengkel Pengurusan dan Penyelenggaraan Blog EKSA yang melibatkan semua pentadbir blog induk dan zon setiap daerah. Bengkel ini dikendalikan sepenuhnya oleh Encik Khairil Izwan Bin Mansor, Pegawai ICT JKSNPP. Bengkel ini bertujuan untuk memastikan blog-blog di setiap zon dikemaskini dari semasa ke semasa. Terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Induk yang menganjurkan bengkel ini. Semoga ilmu yang disampaikan dapat dimanfaatkan bersama.


En. Khairil Izwan sedang memberikan penerangan


Para peserta khusyuk mendengar taklimat yang disampaikan





Gotong Royong Perdana EKSA


Pada 28 Oktober 2016 telah diadakan gotong royong perdana EKSA di Lebuh Armenian dengan penglibatan sebahagian ahli. Antara aktiviti yang dijalankan ialah memansuhkan sudut EKSA dan mengemaskini aset untuk pelupusan. Terima kasih diucapkan kepada semua dan berharap program ini akan berterusan dari semasa ke semasa.









Share

Twitter Facebook